Tuesday, March 30, 2010

Malays Bashing

Membaca rencana bertajuk “Sebab, Akibat, Penggodam Melayu (Malays Bashing)” dalam ruangan rencana dalam ahkbar Utusan Malaysia bertarikh 25/03/10 memperlihatkan betapa mudahnya orang Melayu menjadi sasaran terhadap agenda mereka yang rakus dan haloba kuasa. ‘Malays bashing’ bukannya sesuatu yang baru. Penulis bersetuju dengan kenyataan YBhg Datuk Dr Fidaus Abdullah tersebut. Dua perkara yang ditimbulkan oleh beliau iaiitu perbezaan pendekatan dan kelompok yang menghentam Melayu. Kedua-duanya amat menarik perhatian yang membawa penulis untuk menulis artikel ini.

Keadaan yang menimpa orang Melayu seperti yang dinyatakan oleh YBhg Datuk Dr Firdaus wujud sejak zaman pejajahan lagi. Pihak penjajah telah meletakkan orang Melayu dalam keadaan yang tersepit sehinggkan terpaksa merempat di negara sendiri. Tujuan utama mereka lakukan adalah utuk memastikan orang Melayu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit menentang penjajah. Orang Melayu semakin ditindas apabila wujudnya segelintir daripada golongan yang sedar tentang kemelut yang dihadapi orang Melayu seperti pendekar, ahli agama dan gerakan-gerakan orang aristokrat Melayu dan guru yang mula bangkit memulakan gerakan menentang penjajahan. Perjuangan mereka sebenarnya amat suci demi ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan dan melepaskan orang Melayu daripada ditindas dan diperbodohkan untuk selama-lamanya. Para pejuang ini telah dilabelkan sebagai pemberontak dan penderhaka dalam buku-buku rujukan sejarah tulisan mereka

Tanah Melayu dijajah berpaksikan kepada faktor ekonomi iaitu dari segi kedududkannya yang strategik bagi laluan kapal dagangan dan juga kekayaan sumber semula jadi seperti bijih timah, rempas ratus dan getah. Hasil bumi dikaut dengan sewenang-wenangnya dan keuntungan telah di bawa ke negara mereka. Untuk memastikan hasil bumi Tanah Melayu dikaut semaksimumnya, mereka telah membawa masuk golongan imigran dari Negara China dan India. Mereka melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’. Ketiga-tiga kelompok ini telah diletakkan dalam bidang yang berbeza iaitu kaum imigran China diletakkan dalam bidang ekonomi utama iaitu lombong bijih. Kaum India pula diletakkan di estet-estet getah manakala orang Melayu seagai petani.

Dasar ‘Pecah dan Perintah’ ini memberikan ‘kelebihan’ kepada golongan imigran khususnya kuam Cina dan segelintir kaum India yang mendapat kepercayaan lebih daripada pihak penjajah di mana mereka boleh mengusahakan lombong/estet dan menjadi taukeh-taukeh lombong/estet serta dibenarkan menjadi agen yang membawa masuk tenaga kerja dari negara mereka. Golongan imigran ini terlibat dalan industri antarabangsa manakala orang Melayu hanya lebih berbentuk setempat/dalaman. Industri bijih dan getah diberikan keutamaan berbanding dengan pertanian tradisional. Permintaan daripada bijih dan getah ini amat tinggi dan keuntungan yang diperolehi juga amat tinggi. Kekayaan dapat diraih dengan cepat. Mereka menjadi golongan jutawan/kaya hasil dari produk negara ini manakala orang Melayu masih berada pada takuk lama dan menjadi mundur. Ungkapan-ungkapan seperti ‘Orang Melayu Malas’ dan ‘Orang Melayu Tak Tahu Kerja’ menjadi mainan dan stigma sehingga ke hari ini.

Tekanan dan kesempitan hidup orang Melayu amat ketara bukan sahaja dalam aspek ekonomi malahan dalam bidang pendidikan dan jawatan-jawatan profesional. Sekolah-sekolah jurusan Inggeris dipenuhi dengan pelajar-pelajar bukan Melayu manakala orang Melayu hanya memasuki sekolah-sekolah Melayu yang kecil bilanganya atau sekolah agama. Kebanyakan pelajar Melayu hanya sekolah sampai darjah tiga dan amat kurang yang sampai darjah enam. Memandangkan tahap pendidikan anak-anak Melayu pada masa itu sedemikian rupa, maka ramai di kalangan mereka setelah tamat sekolah menjadi peon-peon di pejabat/agensi kerajaan. Selain itu pilihan utama kebanyakan pelajar Melayu berjaya dalam akademik adalah di maktab-maktab Perguruan. Tidak ramai anak Melayu yang berjaya memasuki Universiti. Apatah lagi dalam bidang kritikal seperti Perubatan dan Undang-Undang. Senario sebelum merdeka, anak Melayu yang menceburi bidang profesional tidak ramai. Contohnya, cuma ada enam orang Doktor, Jurutera dan Peguam.

Tahap kesabaran orang Melayu sampai kepuncaknya apabila Gagasan Malayan Union cuba dilaksanakan. Maka atas usaha Dato Onn Jaafar, maka semangat orang Melayu dibangkitkan dan penentangan terhadap Malayan Union ini telah menyatupadukan orang Melayu seluruh negara dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya UMNO dan seterusnya tuntutan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Anggapan penjajah bahawa tekanan dan penindasan yang dilakukan terhadap orang Melayu tidak akan membawa kepada kebangkitan orang Melayu selama ini meleset. Orang Melayu telah bangkit menuntut hak mereka. Apakah pada masa ini tindakan orang Melayu dianggap rasis?

Melihat keadaan ini, pihak penjajah dan golongan imigran yang mempuyai kepentingan mereka dalam sektor ekonomi mahu melindungi kepentingan mereka. Justeru itu, pihak penjajah telah meletakkan syarat kepada pemimpin Melayu agar perlu menerima golongan imigran menjadi warganegara sekiranya kemerdekaan Tanah Melayu mahu direalisasikan. Pada pandangan mereka, orang Melayu pastinya tidak akan bersetuju syarat tersebut lantas Gagasan Malayan Union dapat direalisasikan dalam bentuk dan pakej yang berbeza. Sekali lagi jangkaan mereka meleset. Walaupun agak berat syarat tersebut untuk diterima oleh masyarakat Melayu pada masa itu, atas pebincangan dan penerangan yang dilakukan dengan pemimpin-pemimpin dan orang Melayu seluruh negara, akhirnya orang Melayu menerima syarat tersebut dengan bersyarat. Orang Melayu menuntut agar kaum imigran perlu mengiktiraf dan menerima orang Melayu diberikan Hak Keitimewaannya di Tanah Melayu. Kedua-dua perkara ini telah dimaktubkan dalan Perlembagaan Persekutuan. Apakah ini juga satu langkah yang rasis? Adakah Perlembagaan Persekutuan juga dikatakan rasis?

Apabila merdeka dan piliharaya mahu diadakan, orang Melayu di bawah organisasi politiknya UMNO telah menawarkan kepada organisasi politik bukan melayu seperti MCA dan MIC untuk bersama-sama duduk di bawah satu bendera Parti Perikatan demi untuk memperjuang dan membela nasib rakyat Tanah Melayu tanpa mengira kaum Tradisi ‘kongsi kuasa’ demi rakyat Malaysia berbilang kaum ini masih dikekalkan dan dimurnikan sehingga ke hari ini.

Penulis masih ingat lagi nasib mahasiswa Melayu jurusan kritikal seperti Perubatan, Undang-Undang, Kejuruteraan dan Ekonomi dalam universiti-universiti tempatan pada tahun selepas merdeka hingga tahun-tahun 70-an. Kebanyakan mereka gagal menamatkan pengajian mereka. Rata-rata pensyarah dan eksekutif tinggi dalam pentadbiran terdiri daripada bukan Melayu. Kalau ditelusuri secara mendalam apakah stigma dan ‘generalization’ terhadap orang Melayu masih menebal dalam diri mereka sehingga membawa kepada usaha-usaha yang menjurus kepada perkataan ‘digagalkan’? Sekiranya benar, apakah tindakan mereka itu tidak memperlihatkan ‘rasisnya’?

Kemerdekaan negara pada tahun 1957 berteraskan kepada pengorbanan orang Melayu yang menerima golongan imigran sebagai warganegara nampaknya masih goyah dalam konteks persefahaman kaum. Dengan kata lain ianya masih goyah kerana semangat kenegaraan masih belum diterima oleh golongan imigran. Sejarah hitam negara bermula pada tahun 1963 dengan tuntutan-tuntutan keras yang dilakukan terhadap kepimpinan negara yang secara tidak langsung memperlihatkan unsur berbaur perkauman. Lee Kuan Yew, seorang pemimpin berpengaruh kaum Cina telah menuntut agar Singapura dijadikan sebuah negara baru dan dipimpin oleh beliau di bawah PAP. Memandangkan bahawa tekanan dan tuntutan tersebut amat keras dan mengancam kedudukan orang Melayu pada masa itu, Tunku Abdul Rahman dan barisan kepimpinan Tanah Melayu terpaksa memenuhi tuntutan tersebut.

Tragedi 13 Mei 69 adalah satu lagi sejarah hitam negara yang memperlihatkan betapa ‘tidak kukuhnya’ perpaduan antara kaum dalam awal kemerdekaan negara. Memandangkan hal ini, Tun Abd Razak yang mengetuai MAGERAN telah berbincang dengan pemimpin negara pada masa itu untuk mewujudkan dasar yang mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum. Dasar Perpaduan Negara diperkenalkan dan Rukun Negara dilahirkan. Tujuan utama bagi dasar ini adalah untuk menanamkan semangat Cintakan Negara dan kerjasama antara kaum. Dasar ini diteroma baik oleh semua kaum. Selain itu, Tun Abd Razak juga memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) demi untuk memastikan kemakmuran dan kekayaan negara dapat dinikmati bersama oleh semua kaum. Dasar serampang dua mata ini dilihat telah berjaya menterjemahkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum serta menstabilkan ekonomi negara.

Namun sejak selepas 30 tahun DEB dilaksanakan, matlamat utamanya masih tidak tercapai. Orang Melayu msih ketinggalan berbanding dengan kaum lain khususnya kaum Cina. Syarat 30% orang Melayu dalam organisasi mereka juga tidak dilaksanakan dengan jujurnya oleh mereka yang masih tebal semangat perkaumannya. Orang Melayu hanya memenuhi jawatan rendah seperti penyambut tetamu, pemandu dan seumpamanya. Akhirnya apabila perkara ini diketengahkan, DEB menjadi bahan momokan dan dikatakan sebagai dasar rasis oleh segelintir kaum chauvinist dan mereka yang memperjuangkan hak sama rata.

DEB sebenarnya tidak mengambil satu apa pun daripada mereka. Peluang-peluang baru dalam ekonomi diwujudkan agar orang Melayu dan kUM yang ketinggalan dapat bersaing dan bersama sama menikmati kekayaan negara.

Dasar Pendidikan Negara juga telah dibentuk agar ramai anak Melayu dan kaum yang tercicir dalam pendidikan disebabkan oleh kemiskinan diberikan ruang dan tempat termasuklah biasiswa dan sistem kuota untuk berjaya dalam pendidikan dan seterusnya dapat membantu menaikkan taraf hidup keluarga mereka. Kalau sebelum ini hanya segelintir sahaja orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak berpeluang mengisi jawatan atau pekerjaan dalam bidang profesional seperti Peguam, Arkitek, Akauntan dan sebagainya, melalui Dasar Pendidikan Negara ini maka golongan ini kini telah mula wujud. Ramai keluarga yang dahulunya miskin dan terpinggir, kini kehidupan mereka bertambah baik. Apakah DEB masih lagi rasis sedangkan ia dinikmati oleh setiap kaum dan berjaya membawa peningkatan kehidupan kepada semua tanpa mengira kaum sejajar dengan Perlembangaan Persekutuan?

Pada tahun-tahun 90-an, timbul pula tuntutan-tuntutan baru yang diketengahkan oleh Siu Qiu dan Dong Jiao Zong. Mereka menuntut 17 perkara yang rata-ratanya mahukan hak mereka dalam pendidikan dan ekonomi. Sekolah-sekolah vernacular perlu diberikan bantuan kewangan oleh pihak kerajaan sedangkan mereka tahu bahawa perkara ini tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka juga mahukan merit dijadikan sebagai ukuran bagi kemasukkan pelajar ke universiti-universiti tempatan bukan lagi menggunakan kuota. Tahukah pembaca berapa banyakkah universiti swasta dan kaum manakah yang mampu menghantar anak mereka belajar di universiti tersebut? Selain itu mereka juga mahukan agar biasiswa juga perlu diberikan kepada bukan melayu. Tahukah pembaca bahawa kerajaan juga telah memberikan biasiswa kepada ramai pelajar-pelajar bukan melayu?

Mereka juga mempersoalkan tentang kontrak-kontrak kerjaaan yang mereka kata hanya diberikan kepada orang Melayu. Penulis ingin menyatakan bahawa kontark-kontrak besar yang menjangkau ratusan juta kebanyakkannya diberikan kepada kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina. Kalau mempersoalkan mengenai orang Melayu yang dapat kontrak kerajaan, namun kaum Cina medapat labaannya juga kerana bahan mentah dikuasai oleh mereka. Apakah mereka tidak sedar atau saja-saja buat tak nampak?

Dalam melinium baru tahun 2000, negara diugut oleh pertubuhan haram HINDRAF yang kononya mewakili kaum India.Tututan mereka dihalakan kepada Kerajaan Britain kerana mereka menyalahkan kerajaan Britain yang membawa mereka masuk ke negara ini. Mereka tuntut RM1 juta pound Britain. Mereka menyatakan bahawa kerajaan Malaysia melaksanakan Ehnic Cleansing terhadap kaum India. Mereka tahu apa sebenarnya yang mereka katakann itu tidak benar, namun atas dasar mahu campurtangan asing, mereka sanggup menggadai maruah kaum India dan negara.

Selepas PRU 12 2008 lalu, isu keagamaan pula dimainkan dengan menuntut hak menggunakan perkataaan ‘ALLAH’ dalam terbitan keagamaan mereka. Apakah tujuan sebenar mereka? Apakah yang mereka sebenarnya mahukan? Melalui persatuan NGO dan saluran politik, mereka mahukan Perlembagaan Negara dipinda. Terselit juga segelintir orang Melayu yang menggelar diri mereka Melayu Liberal, yang telah terhasil daripada dasar DEB, memperjuangkan perkara ini. Tidak terlepas juga golongan yang mengaku diri mereka ulamak dan memperjuangkan Islam bersama-sama mahukan perkara ini dilaksanakan.

Apakah mereka mahu berselindung dengan mengatakan bahawa ‘Malays Bashing’ yang dilakukan mereka tidak termasuk atau terhala kepada orang Melayu, cuma UMNO/BN. Apakah mereka sudah bersedia untuk memperjuangkan ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’ seperti dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dan apakah mereka sudah bersedia untuk menerima dan melaksanakan sepenuhnya apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Penulis menyerahkan kepada pembaca untuk menilainya.

No comments:

Post a Comment