Tuesday, October 19, 2010

Intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,

Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat
* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.
* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.
* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.
* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.
* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.
* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.
* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.
* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.
* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.
* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.
* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.
* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam.
* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.
* Mulai 1 Januari 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan.
* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.
* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.
* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.
* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.
* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.
* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik.
* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.
* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP. – Bernama

Wednesday, October 13, 2010

Demi Kesinambungan Perjuangan

Sesungguhnya limpahan kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi selama ini adalah hasil daripada perjuangan sebuah parti bernama UMNO; satu-satunya parti yang benar-benar berjuang dengan mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu tanpa melupakan hak kaum-kaum lain, demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Memang, untuk mengekalkannya, pelbagai cabaran dan rintangan telah dihadapi iaitu bukan hanya untuk berdepan dengan seteru dalam politik malahan cabaran yang paling besar adalah untuk merialisasikan perubahan.

Apa yang penting dalam melakukan perubahan tersebut, asas dan tujuan utama UMNO untuk berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu tetap menjadi teras utama lantas dalam masa yang sama, rakyat dan pemimpin terus seiring, berganding bahu melangkah bersama dengan menilai semula kesilapan lalu yang telah melunturkan hati para pengundi serta meningkatkan perkhidmatan ke arah yang lebih mantap.

Secara tidak langsung, bukan hanya pemimpin yang berperanan tetapi satu kesatuan dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat akar umbi akan menentukan corak kepimpinan UMNO selepas ini dan tentunya akan memberi kekuatan dan kekukuhan seperti mana yang dilaungkan dengan hasrat untuk mengembalikan suara parti sebenar.

JANGAN JADI MANUSIA PENAKUT Jadikan rasa takut gagal sebagai pendorong untuk berjaya

Saya terpanggil untuk membincangkan soal takut ini kerana saya fikir, Semua orang pernah dihantui rasa takut.Bahkan, berkemungkinan besar, setiap kita sama ada pernah mengalaminya atau sampai sekarang masih dihambat rasa takut itu.

Rasa takut ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan keadaan.Kadangkala ia muncul bila kita mudah rasa terancam oleh seseorang, atau takut dalam situasi-situasi tertentu, hingga akhirnya ia menjerumuskan kita ke kancah tekanan perasaan yang keterlaluan.

HUBUNGAN JADI TEGANG

Dalam hubungan kita dengan seseorang pun boleh timbul rasa takut, lantas mengubah hubungan yang sihat menjadi hubungan tegang hingga membawa kegagalan kepada kita.

Ada pula segolongan orang dalam masyarakat kita yang terlalu terikut-ikut dengan cerita mistik dan tahyul lalu mengalami sindrom takut.

Mereka takut kepada apa yang dinamakan hantu dan makhluk halus, hantu di tanah perkuburan dan hantu yang kononnya gemar mencekik mangsa serta menghisap darah, hingga kadangkala kesemua ini mengatasi rasa takut mereka kepada Allah swt.

Ketakutan ini bahkan terbawa-bawa di dalam tidur sehingga melemahkan semangat, tubuh badan dan seterusnya minda mereka.Namun, apa yang lebih ketara dalam kehidupan masyarakat kita hari ini ialah rasa takut menghadapi kegagalan dalam hidup.

Seringkali kita dihambat rasa takut akan gagal, hingga ia menghalangi kita melakukan sesuatu kerja atau menunaikan sesuatu niat, walaupun ia suatu perkara yang baik untuk dilakukan.

Jika rasa takut ini hanya terbatas pada individu sahaja, kesannya mungkin tidak begitu terasa.Tetapi, apabila ia menjadi satu sifat kolektif sesebuah masyarakat, kesannya tentu akan lebih besar lagi.

Misalnya, orang Melayu kita terkenal dengan rasa takut untuk mencuba dan takut untuk mengambil risiko, menyebabkan kita kurang maju dari segi perniagaan.Kita tahu bahawa bidang perniagaan itu boleh membawa keuntungan besar, tetapi kerana rasa takut pada kegagalan atau takut menanggung rugi, maka kita lebih senang jadi masyarakat makan gaji - tiap-tiap bulan kita tahu kita akan dapat gaji dan hujung tahun pula mendapat bonus.

Setakat mana rasa takut itu akan meninggalkan kesan baik atau buruk, banyak bergantung kepada sikap kita dalam menanganinya.

KESAN LEBIH BURUK
Jika kita biarkan rasa takut itu menghantui hidup kita, maka kesannya mungkin lebih buruk.Kerana takut, kita tidak berani mencuba, lalu kita tidak tahu kekuatan sebenar kita.

Kerana rasa takut yang keterlaluan, kita jadi bimbang dan sugul dalam hidup, hingga akhirnya menimbulkan masalahmasalah yang lebih besar lagi.

Gunakan rasa takut itu untuk mendorongnya berusaha lebih gigih, maka insya-Allah ia akan meninggalkan kesan positif dan membawa kejayaan dalam diri kita.

Begitu juga sebagai sebuah masyarakat.

Saya fikir, masyarakat Melayu kita tidak boleh turutkan sangat sikap lama yang mudah ditakut-takutkan atau membiarkan diri dimomok-momokan dengan sesuatu, hingga boleh menjejas kemajuan yang kita impikan.

Baik sebagai individu atau pun sebagai sebuah masyarakat, kita tidak boleh takut untuk meneroka bidang-bidang baru terutama yang kita tahu mempunyai potensi untuk kemajuan hidup kita.

Jangan kerana rasa takut yang tidak bertempat, kita bataskan kehidupan kita pada perkara-perkara biasa yang hanya meletakkan kita di takuk lama, sedangkan dunia berputar ligat dan semakin jauh meninggalkan kita.

PUNCA KEGAGALAN

Ramai daripada kita yang mungkin tidak sedar bahawa rasa takut akan kegagalan itulah yang sebenarnya boleh menjadi punca kegagalan kita.

Bila kita biarkan rasa takut itu menghambat usaha kita untuk melangkah maju ke depan, maka ada kemungkinan kita akan terlepas peluang-peluang keemasan yang muncul sepanjang perjalanan hidup kita itu.

Rasa takut pada kegagalan boleh menyebabkan kita jadi malas untuk berusaha.

Rasa takut seperti ini juga boleh membuat kita berasa rendah hati dan hilang keyakinan diri.

Kita mempunyai pilihan untuk sama ada melihat kegagalan itu sebagai pengakhir segala usaha kita, atau melihatnya sebagai satu pelajaran berguna dalam perjalanan hidup kita seterusnya.

Setiap kali kita gagal, kita seharusnya berusaha belajar daripadanya dan menjadikannya sebagai modal untuk percubaan kita akan datang.

Tidak sukar untuk mencari orang yang berjaya yang pernah menghadapi kegagalan sebelumnya. Saya yakin, ramai juga orang yang pernah mengalami kegagalan dalam tahap-tahap tertentu kehidupan mereka.

Apa yang penting ialah kita tidak harus sama sekali membiarkan rasa takut terus-menerus menghambat usaha kita untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Melayu dikhianati?

1. Pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Saya tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

2. ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.

3. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

4. Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Tuesday, October 12, 2010

Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

Kelompok ini yang menjadi racun, ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..



Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?

Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.

Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?

Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan. Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud.

Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.

Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula.

Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.