Wednesday, September 25, 2013

DATUK MUSA SHEIKH FADZIR CALON PULAU PINANG UNTUK MT UMNO #PemilihanUMNO2013

GEORGETOWN: Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berharap calon dari negeri yang ditadbir pembangkang mendapat sokongan padu dan dipilih menganggotai Majlis Tertinggi (MT) UMNO. 

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, dengan itu membolehkan suara dan pandangan mereka yang mewakili rakyat di negeri berkenaan dapat didengar seterusnya mengukuhkan kepercayaan parti di kawasan masing-masing.
"Jika diberi peluang, kedudukan ini boleh dijadikan landasan untuk kita kembalikan semula kegemilangan parti terutama di negeri yang diterajui pembangangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah negeri, di sini, hari ini.

Beliau yang mengumumkan akan bertanding jawatan berkenaan dalam pemilihan parti itu Oktober ini bagaimanapun menyerahkan kepada anggota UMNO untuk menentukan sama ada beliau layak mewakili mereka atau tidak.

Ditanya peluang untuk menang kerana tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, Musa berkata, perkara itu bukan isu besar dan soal terpenting adalah keberanian bersuara serta tampil ke hadapan bagi meneruskan perjuangan parti dengan moto 'Demi Agama, Bangsa dan Negara'.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pulau Pinang, Siti Rohani Ahmad.

- BERNAMA 

Monday, September 16, 2013

Calon-calon MT dan Exco Pemuda mewakili Pulau Pinang


  Ketua Bahagian Bukit Mertajam  Calon  MT Dan Ketua Penerangan Bukit Mertajam Calon Exco Pemuda

TOUCH POINTS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

34
TOUCH POINTS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Berikut adalah 34 Touch Points yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam.

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.

2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.

3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.

4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.

Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.

6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.

7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.

8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.

9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.

11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.

12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.

13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.

15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.

16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.

17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.

18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).

19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.

20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.

21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.

22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.

23. Memperluaskan dasar carve out.

24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.

25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.

26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif

27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.

28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.

29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.

30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.

31. Membestarikan TERAJU.

32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.

33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.

34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

Monday, January 16, 2012

BR1M

Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.
"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Muhyiddin berkata, program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan program turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.
Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.
"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol.
Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.
"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.
"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat,” katanya.
Muhyiddin berkata, Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di negara ini.
Katanya, Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.
"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus,” katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.
Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. — BERNAMA

Thursday, October 6, 2011

Guan Eng Dituntut Mohon Maaf Secara Terbuka Atau Berdepan Saman RM30 Juta

13 Sept – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti UMNO sebagai sebuah parti politik orang Melayu.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu meminta Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada UMNO.

Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, UMNO akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.

Beliau dalam kenyataannya kepada UMNO-Online memberitahu UMNO Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co. sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

“Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, Bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Tegas beliau lagi saman malu yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah dakwaan kononnya UMNO terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

“UMNO tidak boleh dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Lim tidak boleh terima penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan UMNO,” katanya.

Jelas beliau lagi UMNO sebagai sebuah parti politik yang dianggotai oleh seramai lebih 3 juta ahli, sudah tentu tidak akan dapat mengawal setiap perbuatan dan tindakan individu yang menggotai sesebuah pertubuhan NGO.

Lim juga telah menuduh anggota UMNO terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lepas, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu.

“Lim Guan Eng secara terang telah menuduh UMNO menjadi penyebab dan punca berlakunya kejadian tersebut kerana tindakan beberapa pihak dari UMNO dan media yang dikaitkan dengan UMNO mempersoalkan pekeliling arahan larangan penggunaan pembesar suara untuk menyiarkan bacaan Al-Quran sebelum Azan Subuh kepada surau-surau dan masjid-masjid oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang”, ujarnya.

Beliau juga berkata Guan Eng juga telah menuduh UMNOcubauntuk menimbulkan perselisihan dan ketegangan antara kaum apabila mempersoalkan arahan yang dikeluarkan oleh JAIPP tersebut.

“Pada pandangan saya, Lim Guan Eng sendiri yang sebenarnyacubauntuk menimbulkan ketegangan antara kaum dengan melemparkan tuduhan demikian kepada UMNO.

“Malah, Guan Eng jugacubauntuk membayangkan UMNO terlibat dengan perbuatan melemparkan cat merah ke pejabat yang sama dan Pusat Khidmat Adun Komtar, Ng Wei Aik seminggu sebelumnya”, tambah beliau.

Tegas Zainail lagi beliau telah pun membuat kenyataan menafikan pembabitan UMNO dalam insiden-insiden berkenaan.

“…dan sebagai menghormati hak untuk bersuara beliau (Guan Eng) dan kemungkinan kenyataannya dibuat bersandarkan emosi semasa itu yang tidak terkawal; saya juga telah meminta beliau memohon maaf kepada UMNO dan menarik balik tuduhan-tuduhan tersebut.

“Berdasarkan sangkaan baik sedemikianlah, UMNO tidak tergesa-gesa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas kenyatannya . Saya telah memberikan beliau tempoh selama 7 hari untuk memohon maaf kepada UMNO dan orang-orang Melayu serta menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya”, terang Zainal lagi.

Namun demikian tegas beliau, Lim Guan Eng ENGGAN untuk menarik balik tuduhan serta menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

Ini jelas tambah beliau menunjukkan bahawa Guan Eng lebih mementingkan “political scoring” daripada menyatakan fakta sebenar.

“Di atas keengganan Lim Guan Eng, untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada UMNO; maka saya dan UMNO tidak teragak-agak untuk meneruskan dengan dengan mengmbil tindakan undang-undang terhadap Lim GuanEng.

“Saya dan UMNO Pulau Pinang sudah cukup bersabar dengan tingkah laku dan keceluparan Lim Guan Eng membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO Pulau Pinang dan saya sendiri selama ini”, katanya.

Oleh yang demikian tegas beliau, UMNO Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk memfailkan samam malu terhadap Lim Guan Eng di Mahkamah. -MediaUMNO

Guan Eng Dicabar Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Sultan Johor

PERMATANG PAUH, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menghadap Sultan Johor untuk memohon maaf secara berdepan berhubung dakwaan buruk terhadap negeri Johor yang dibuatnya baru-baru ini.

“Jika Lim Guan Eng tidak sanggup membuatnya, ini membuktikan bahawa permohonan maafnya tidak ikhlas, masih membuat kenyataan penafian di sebalik kenyataan permohonan maafnya sedangkan secara bertulis, secara rakaman terutama di Singapura itu jelas menunjukkan bahawa beliau telah menyatakan bahawa orang Singapura tidak selamat di Johor, kemungkinan diculik dan sebagainya,” ujar beliau selepas Majlis Penerangan Perdana di UiTM Permatang Pauh di sini, hari ini.

Justeru, beliau selaku anak Johor mencabar Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara bersemuka dengan Sultan Johor atas kenyataan biadapnya yang melukakan hati Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhannya.

“Sebagai Ketua Menteri, beliau sebenarnya tidak perlu berbuat demikian untuk menaikkan pelaburan di negeri Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Maida, MITI, MATRADE yang jauh lebih besar jasanya membawa pelaburan ke sini berbanding usaha beliau sendiri”, katanya.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan Lim Guan Eng tidak jujur dalam permohonan maafnya kepada Sultan Johor dan rakyat Johor kerana beliau masih terus menyalahkan media yang didakwa di bawah kawalan BN seolah-olah memutar belitkan kata-kata dan kenyataan yang dibuatnya sendiri.