Monday, September 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN UMNO |
Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Singapura di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac, 1946. Seramai 41 pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. |
Datuk Onn Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres tersebut. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak. |
Tiga usul telah diluluskan oleh kongres berkenaan iaitu seperti berikut: |
1 | Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
2 | Membantah pembentukan Malayan Union |
3 | Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu |
Satu jawatankuasa yang terdiri daripada Datuk Onn, Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentang dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak. |
Walaupun ada bantahan hebat daripada orang Melayu, kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April, 1946, Malayan Union ditubuhkan. |
Orang Melayu dan pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan kepada Malayan Union. |
Pada 11 Mei, 1946 di Istana Besar Johor Bahru, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pekembar (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para perserta. |
UMNO pun lahir secara rasmi. |
PETIKAN LAMAN UMNO MALAYSIA (www.umno-online.com)
SEJARAH PENUBUHAN:
...
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.
Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.
...
Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju...
Ingat, jangan lupa! Kesimpulan dasar UMNO
RAJA ITU RAKYAT
RAKYAT ITU RAJA
Cogankata ini mula digunakan semasa perjuangan rakyat menentang Malayan Union yang menyaksikan Raja² Melayu membelakangi kedaulatan rakyat dengan menandatangai perjanjian MacMichael, menyerahkan kuasa pemerintahan negeri masing² kepada kerajaan kolonial British. Selepas UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, mereka menggunakan cogankata yang sama dalam perjuangan mereka untuk mendapat sokongan rakyat dan memulihkan kedudukan Raja² Melayu.
Sumber: Akhbar Majlis, 9 Feb 1948
"Menanam Federation hampirlah gerangan,
Menurut kehendak si tangan kanan,
Penaung yang adil memberi sokongan,
Biarpun merentak satu golongan,
Kita berdoa kepada Khaliq Al-Bukhari*,
Apakala ditanam hiduplah pasti.
Berbuahkan kebajikan kepada negeri,
Untuk membela Melayu jati,
Kepada pembesar yang sangat diharap,
Jangan seperti lampu yang malap,
Bukan kecil benda diharap,
Tuntut yang hak betulkan yang khilap**."
Dicatat oleh Fahmi Reza di 9:29 PM 0 ulasan
Kategori: Hartal, Kartun Politik
"Di sana sini berdempang dempung,
Putera dan rakannya membedilkan betung,
Tegak serentak bersama Ah Chong,
Tetapi hartal tak bererti langsung."
"Malaya hak Melayu! Melayu tak ada negeri lain. Negeri China hak Cina. Negeri India hak Indian. Kamu orang dagang bila² suka ada negeri tempat kamu pindah."
Di bawah karikatur Edward Gent terdapat tiga karikatur "orang dagang" yang berdiri di atas jambatan: karikatur pedagang Cina, karikatur ceti India dan karikatur Dr. Burhanuddin Al-Helmy (PKMM) yang dilabel 'DR'. Karikatur pedagang Cina tersebut berkata (ditulis dengan pelat):
"Gua tak suka Fedelesyen. Fedelesyen atak, tentu Melayu sinang."
Di sebelah kanan atas pula terdapat karikatur seorang petani Melayu yang memegang padi, berdiri di tengah sawah di bawah bendera UMNO yang berkibar di hadapan rumahnya, sambil tersenyum.
Kartun politik ini juga disertakan dengan dua rangkap pantun yang berbunyi:
"Apabila Federation hampir terserlah,
Melayu nampaknya mendapat faedah,
Pekemam Putera mengapa gelisah?
Dengkikan Melayu mendapat tuah!"
"Negeri Melayu hak Melayu,
Ikan senohong bukannya yu,
Ah Chong tak boleh bertukar bulu,
Ramasamy tetap bercorak Hindu."
Menurut Yahya Nassim (PKMM) dalam filem 10 Tahun Sebelum Merdeka, propaganda 'Ah Chong, Ramasamy' ini juga selalu dimainkan oleh akhbar pro-kanan seperti Majlis untuk "membencikan orang kepada kita", iaitu golongan progresif dalam PKMM dan PUTERA yang telah bekerjasama dengan semua kaum di Malaya untuk bersatu menentang cadangan Federation dan menuntut kemerdekaan dari penjajah British.
No comments:
Post a Comment