Wednesday, August 12, 2009

Wasiat Raja-Raja Melayu

Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas, seterusnya menyempurnakan pelancaran karya-karya terpilih tulisan Allahyarham yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dicetak buat kali ketiga.

Tiga karya tersebut adalah pemerhatian dan kupasan Allahyarham yang menyentuh Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi.

Seminar ini berlangsung dalam dua persekitaran yang sangat signifikan.

Persekitaran pertama: Persekitaran masa bahawa seminar ini diadakan dalam suasana negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. “Kemerdekaan” itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman.

Zurinah Hassan dalam puisi beliau berjudul “Kemerdekaan” mengingatkan bahawa ‘kemerdekaan’ bukan sekadar gegak gempita menurunkan Union Jack atau setiap 31 Ogos dalam perbarisan raksasa dan kibaran bendera pada tiang tertinggi di dunia.

‘Kemerdekaan’ itu sewajarnya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol Said, Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato’ Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin dan ratusan patriot tak bernama, bermandi darah bergadai nyawa untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan negara.

‘Kemerdekaan’ itu sangat besar pengertiannya dalam pemikiran, pendirian dan amalan harian Syed Hussein Alatas kerana Syed Hussein itu sendiri adalah nama atas batang tubuh yang berumahkan jiwa merdeka.

Jiwa merdeka yang memiliki minda yang teguh berpegang kepada prinsip kebebasan berfikir. Prinsip kebebasan berfikir yang dijadikan kompas penting memandu arah kehidupan beliau di samping berusaha untuk menjadi nakhoda membantu pemikiran bangsanya dalam melayari lautan hidup yang penuh gelora.

Gelombang perjuangan kemerdekaan senantiasa berombak di dadanya, demi memastikan terbinanya warga merdeka — bangsa merdeka di atas bumi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka.

Jiwa merdeka dan minda merdekanya berlabuh dengan identiti bangsa — bersauh dengan syariat agama, terus menuntut kepada keadilan sosial, supaya kemerdekaan itu dapat diterjemahkan kepada kemakmuran serta kebahagiaan agar bangsanya tidak tertindas lagi dalam bentuk perhambaan baru.

Dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa, sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpadam daripada sejarah.

Sesungguhnya tarikh 5 Ogos yang berlalu semalam, tarikh berlangsungnya seminar ini adalah tarikh keramat, tarikh yang amat penting dalam sejarah kemerdekaan negara bangsa di tanah dan air yang bernama Tanah Melayu.


Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.”

TUJUH PERKARA ITU ADALAH:

Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima:

Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persektuan.

Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.

Persekitaran kedua: Persekitaran tempat bahawa Dewan Bahasa ini adalah antara gelanggang awal pemikiran Syed Hussein mengatur tapak seorang pendekar – memencak langkah seorang kesatria.

Bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki sejarah penting melaksanakan amanah memenuhi salah satu daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu iaitu peranan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan. Dewan Bahasa pernah merakamkan sejarah Peristiwa Keranda 152.

Di tapak bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ini pada 3 Mac 1967, lebih 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun.

Perhimpunan tersebut diingati sebagai peristiwa ‘api dan air mata’, peristiwa yang merakamkan kemarahan dan kesedihan bangsa terhadap kurang ketegasan pimpinan politik negara untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka adalah institusi bangsa untuk menjamin kedaulatan bahasa. Semua Raja Melayu berangkat di Majlis Perasmian bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka melambangkan sokongan padu Duli-Duli Yang Maha Mulia itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar melaksanakan secara tegas salah satu daripada tujuh wasiat Baginda Raja-Raja Melayu.

Betapa kebetulannya acara untuk memperingati seorang tokoh yang telah mencipta sejarah ini berlangsung dalam dua persekitaran yang amat bersejarah, persekitaran masa dan persekitaran tempat. Demikian resam orang berjasa – kematiannya meninggalkan nama untuk terus dimuliakan.

Syed Hussein Alatas telah menghembuskan nafas terakhir untuk menyahut panggilan Ilahi pada hari Selasa, 23 Januari 2007 Masihi, bersamaan 5 Muharam 1428 Hijrah. Berlakulah satu perjalanan penghidupan dari satu perhentian yang meninggalkan dunia yang fana ini untuk berhijrah ke satu perhentian baru di alam baqa sementara menanti hari kebangkitan yang telah dijanjikan.

Padamlah satu kandil gemerlap – pelita jendela di malam gelap. Telah tertutuplah mata yang senantiasa memerhatikan kenyataan dan telah kelulah lidah yang sering mengucapkan kebenaran.

Sepanjang hayat, Syed Hussein Alatas telah menyinarkan suria kepada bumi negaranya sepanjang kehidupan, ia telah memancarkan cahaya penyuluh pemikiran bangsanya.

Telah dua tahun lapan bulan jasad Syed Hussein diistirehatkan di liang lahad, namun pemikirannya tidak dikuburkan bersama jasadnya.

Malah pemikirannya terus hidup dan memberikan nafas kehidupan, pemikirannya terus menjadi bahan kajian, bahan renungan, bahan rujukan dan bahan sandaran. Kerana itu para sarjana menyambut baik seruan untuk hadir ke seminar ini.

Syed Hussein meninggalkan bangsanya – meninggalkan dunia ini, sedikit awal untuk membolehkannya menyaksikan krisis ekonomi dunia yang telah menderitakan kehidupan jutaan insan, dia telah menghembuskan nafas terakhir sedikit awal untuk menyaksikan harga politik yang perlu dibayar oleh bangsanya setelah berlangsungnya pilihan raya umum kedua belas.

Krisis ekonomi dunia berpunca daripada salah pengurusan kewangan dan senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang perlu dibayar oleh negara, beban yang perlu ditanggung oleh bangsa kerana terus melakukan perkaraperkara yang telah lama diberikan peringatan oleh Syed Hussein dan kumpulan yang memiliki keselarian fikiran dengan Allahyarham.

Sepanjang hayat hidupnya, Syed Hussein terus menyuarakan betapa pentingnya diiktiraf pandangan kumpulan intelektual yang memiliki daya lihat dalam perspektif yang lebih luas lagi menyeluruh yang harus dibezakan dengan kumpulan inteligensia, beliau menganggap masalah umum yang keterbelakangan adalah berpunca daripada masalah pengagihan pendapatan dan pembangunan ekonomi.

Beliau menghuraikan kejijikan rasuah, kurang kemurnian mencantumkan perniagaan dan politik dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di Dunia Ketiga yang terlalu asyik mengamalkan rasuah hingga menghambat kemajuan.

Ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memerangi rasuah ada kalanya digemakan lebih nyaring daripada kalangan orang-orang yang tidak bebas daripada melakukannya lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan.

Akibatnya, takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur, rakyat melarat. Rasuah terus merebak baik di negara sedang membangun, di negara membangun dan tidak ketinggalandi negara maju.

Ia berlaku di dalam istana, di dalam sektor awam, di dalam sektor swasta, di dalam organisasi politik, di kalangan organisasi beruniform malah tidak terkecuali di dalam badan-badan agama.

Rasuah adalah candu yang amat mengasyikkan, lebih mengkhayalkan, kerana yang menanggung derita bukan di kalangan pengamal dan penerima rasuah. Rasuah menghidupkan semula budaya perhambaan, dilindungi kosmetik yang memberikan kecantikan dan keriangan palsu kepada pengamal.

Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram.

Rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

Demikianlah kotor dan jijiknya rasuah, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya. Malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas daripada undang-undang dan hukum dunia.

Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar “Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas” serta terus mengulangi penerbitan karya-karya Allahyarham adalah usaha yang layak diberikan penghargaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka perlu meneruskan tanggungjawab dan memenuhi amanah untuk menyediakan santapan yang secukupnya untuk memastikan minda bangsa mendapat cukup bekalan bahan pemakanan intelek.

Dalam memastikan bangsa tidak terputus dengan akar sejarah, Beta suka menyarankan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula tulisan-tulisan yang telah dihasilkan di era pra dan pasca kemerdekaan yang telah berjaya menyuntik semangat kebangkitan bangsa.

Beta mendengar bahawa Ishak Haji Mohamad (Allahyarham) telah menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi sehingga hari ini, Beta sendiri tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku-buku tersebut.

Bahan-bahan bacaan seperti itu amat penting bukan sahaja diterbitkan semula tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat-pusat pengajian supaya generasi muda tidak akan lupa sejarah dan salah silah bangsanya. Beta percaya negara memiliki himpunan khazanah sejarah yang hari ini tertimbus dan terkubur ditelan waktu.

Dalam hasrat membina modul Satu Malaysia, usaha cari gali khazanah sejarah yang telah berperanan membina semangat kemerdekaan dan semangat penyatuan sama ada dalam bentuk buku, penulisan, memoir, catatan, ucapan, puisi dan prosa wajib dilakukan.

Hari ini, generasi selepas Beta, hanya mengenal nama-nama seperti Zaaba, Aminuddin Baki, Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir, Zulkifli Mohamad, Mohd. Asri Haji Muda, Dr. Ismail Abdul Rahman, Panglima Bukit Gantang Wahab, Abdul Rahman Yaacob, Ahmad Boestamam, Syed Jaafar Albar, Syed Nasir Ismail, Harun Idris dan ramai lagi nama nasionalis bangsa. Tetapi generasi Beta sendiri majoritinya tidak berpeluang untuk mengikuti, mendalami dan memahami asas pemikiran mereka kerana bahan-bahan bertulis dan cetak yang ada, begitu terbatas, hanya dapat diakses oleh para penyelidik yang melakukan kajian di peringkat pasca ijazah.

Maklumat tokoh-tokoh bangsa dan sumbangan pemikiran mereka hendaklah dijadikan bahan yang boleh disampaikan kepada massa yang lebih ramai.

Jika usaha-usaha tidak segera dirintis, akan terkuburlah khazanah bangsa yang sahih dan akan berlakulah pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian dan kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.Kepada keluarga Syed Hussein Alatas, negara dan bangsa amat terhutang budi atas peranan sampingan mereka yang memberikan kekuatan kepada Syed Hussein untuk berjaya meninggalkan satu legasi.
Semoga segala jasa dan pengorbanan Syed Hussein diterima sebagai amal makruf, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan para solehin. Sama-samalah kita bacakan surah Al-Fatihah dan sebarang ganjaran dari bacaan tersebut, semoga diterima Ilahi lalu disampaikan kepada roh Allahyarham Syed Hussein Alatas.

(Petikan teks titah Raja Muda Perak, RAJA DR. NAZRIN SHAH di Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 6 Ogos 2009

Saturday, August 1, 2009

UMNO P. Pinang bersedia

KUALA LUMPUR 31 Julai - UMNO Pulau Pinang sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, pagi ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan merangka beberapa strategi selain menggerakkan segera jentera-jentera pilihan raya di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, tidak mustahil BN mampu menawan semula DUN Permatang Pasir asalkan semua pihak bekerja keras demi kelangsungan BN dan UMNO di negeri itu.

''Secara peribadi, saya agak bimbang untuk menghadapi pilihan raya ini, tetapi saya percaya apa yang berlaku ini adalah ujian Allah ke atas saya. Ini juga ujian pertama saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri

''Saya yakin sekiranya kita bekerja keras, BN dan UMNO mampu membuat kejutan. Kita mampu merampas semula kerusi Permatang Pasir daripada Pas,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Kepada Pahlawan Tanah Air di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, permasalahan yang berlaku di dalam UMNO Permatang Pauh telah berjaya diselesaikan dan semua pemimpin serta ahli komited untuk membina semula kekuatan parti.

Sementara itu, beliau sebagai wakil UMNO Pulau Pinang turut memberi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Hamdan.

Ahmad Zahid ditanya kesediaan BN dan UMNO untuk menghadapi sekali lagi pilihan raya kecil ekoran pemergian penyandang ADUN Permatang Pasir itu ke rahmatullah akibat sakit jantung pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini selepas menerima rawatan beberapa hari lalu.

''Oleh itu, saya mahu jadikan pilihan raya kecil kali ini sebagai bukti yang kita telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi tentangan daripada parti lawan. Kita akan buktikan yang kita mampu lakukannya,'' ujarnya.

''Saya berharap keluarga Allahyarham sabar menghadapi ujian ini dan saya mewakili diri saya dan semua ahli UMNO Pulau Pinang mengucapkan takziah,'' tambahnya.

UMNO Malaysia tubuh sembilan biro

KUALA LUMPUR 31 Julai - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sembilan biro parti itu yang diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) hari ini.

n Biro Latihan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi;

n Biro Keahlian dan Daftar Pengundi (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal);

n Biro Perlembagaan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein);

n Biro Ekonomi (Datuk Dr. Awang Adek Hussin);

n Biro Pendidikan (Datuk Abdul Ghani Othman).

n Biro Penerangan (Ahmad Maslan);

n Biro Hal Ehwal Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Datuk Mustapa Mohamed);

n Biro Agama (Datuk Jamil Khir Baharom) dan

n Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara (Datuk Ahmad Shabery Cheek).

Dalam perkembangan berasingan, Najib berkata, cadangan pindaan perlembagaan parti yang dijadualkan Oktober ini tetap akan diteruskan seperti yang dirancang.

Katanya, UMNO bahagian diberi peluang sehingga akhir bulan untuk menghantar sebarang ulasan atau cadangan balas berhubung perkara itu.

''Mereka (UMNO bahagian) sudah diberi tempoh untuk melakukannya. Pada 16 Ogos mereka habis mesyuarat dan selepas itu, kita (MT) beri sedikit masa sebelum memperhalusi cadangan balas bahagian-bahagian,'' jelasnya.

Friday, May 15, 2009

UMNO P. Pinang Wujudkan Dua Sekretariat Dan Lima Jawatan Baru

PULAU PINANG, 15 Mei (Bernama) — Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mewujudkan dua sekretariat serta lima jawatan baru untuk mengukuhkan perjuangan parti itu di peringkat negeri.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua sekretariat itu ialah Pengaduan dan Kebajikan Awam serta Sekretariat Latihan yang masing-masing diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) iaitu Azlina Mehtab Ishaq dan Datuk Abdul Latif Mirasa.

Katanya, lima jawatan baru pula ialah Penolong Setiausaha, Zulkifli Yahaya, Setiausaha Eksekutif 1, Ramlan Ishak, Setiausaha Eksekutif 2, Ahmad Sahar Shuib, penolong bendahari, Datuk Mohd Salim Abdul Bari dan pegawai khas kepada pengerusi perhubungan, Datuk Nordin Mohd Noor.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama badan perhubungan itu di sini, beliau turut mengumumkan pelantikan beberapa anggota jawatankuasa badan itu.

Datuk Zainal Abidin Osman dipilih sebagai Timbalan Pengerusi badan itu manakala Datuk Azhar Ibrahim kekal sebagai Setiausaha perhubungan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Bendahari), Datuk Musa Sheikh Fadzir (Ketua Penerangan) dan Raja Munir Raja Mustapa sebagai timbalan ketua penerangan.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, pengekalan Azhar dan Musa dalam pasukan baru ini dibuat berdasarkan komitmen dan keperluan untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab sebelum ini.

Katanya, penubuhan dua sekretariat itu pula adalah antara usaha parti untuk mendekatkan diri dengan rakyat bagi membolehkan sebarang masalah disalurkan kepada parti dan diselesaikan dengan baik.

Menurutnya, latihan juga akan diberi kepada semua kepimpinan parti di peringkat perhubungan, bahagian dan cawangan untuk mengukuhkan jentera Umno negeri.

Beliau juga menetapkan bahawa mesyuarat badan perhubungan itu akan diadakan pada setiap Jumaat minggu keempat setiap bulan secara bergilir di semua 13 bahagian bagi mengukuhkan hubungan anggota parti.

“Saya mahu semua 13 bahagian Umno di negeri ini menumpukan kepada penganjuran aktiviti yang mendekatkan diri dengan rakyat dan prihatin kepada keperluan mereka tanpa mengira kaum manakala program berbentuk infrastruktur dan perniagaan hendaklah diketepikan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan mahu semua bahagian Umno di negeri ini menyelesaikan masalah dalaman mereka lebih awal dan beliau akan bertemu dengan semua ketuacawangan termasuk sayap-sayap parti bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Ketika ditanya mengenai pendirian Umno Pulau Pinang sama ada mahu bertanding atau sebaliknya pada pilihan raya kecil Penanti, katanya, keputusan itu tertakluk kepada keputusan Barisan Nasional (BN) Isnin ini.

“Bagaimanapun, Umno negeri tetap mengadakan persediaan bagi menghadapi kemungkinan kita bertanding,” katanya sambil enggan mengulas mengenai calon yang akan dikemukakan oleh parti itu kelak.

Mengenai hubungan Umno Pulau Pinang dengan Gerakan, beliau menyifatkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan perbincangan telah diadakan dengan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin BN Negeri yang lain.

“Umpama carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga…kita dalam satu keluarga, itu perkara biasa dan semua parti pun menghadapi masalah yang sama juga,” katanya.

– BERNAMA

Sunday, May 10, 2009

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-63


umno63-copyKUALA LUMPUR, 11 Mei – Hari ini genap usia UMNO 63 tahun, satu usia yang cukup matang dalam mengharungi perjuangan khususnya membawa bangsa ke arah kecemerlangan dan kemajuan tanpa menidakkan kepentingan agama yang menjadi landasan mengikut acuan budaya ketimuran.

Menilai kembali tarikh tersebut, ia bukanlah suatu jangka masa yang singkat apatah lagi untuk mengisi perjuangan dan memindahkannya untuk sama-sama dialirkan sebagai semanagat bangsa kepada generasi kedua hari ini.

Dalam menelusurinya, tentunya para pejuang hari ini bukanlah berjuang seperti tokoh terdahulu yang matlamatnya adalah untuk mengusir penjajah dan menuntut kemerdekaan sebaliknya ia lebih kepada pengisian dengan perjuangan ke arah pembangunan, kemajuan dan kecemerlangan yang bukan sahaja mencakupi aspek material tetapi juga minda dan intelek yang tinggi.

Namun demikian, idealogi yang diperjuangkan oleh UMNO tidak pernah berubah biarpun zaman berganti zaman, dan generasi muda telah menjadi pelapis, UMNO tetap kekal utuh sebagai sebuah parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan berlandaskan agama, bangsa dan negara.

Kerana itu, UMNO tetap relevan, dalam apa jua keadaan atau suasana yang dihadapinya, ia tetap teguh.
Tidak dinafikan bahawa sepanjang lebih enam dasawarsa usia UMNO, pelbagai dugaan sama ada pahit dan manis telah dilalui, badai mendatang bukan mudah melaluinya, gelombang mengganas tidak mudah dilawannya, tetapi lantaran tujuan murni penubuhannya, UMNO utuh bersama bangsa dan terus menjadi tunjang dalam negara.

Sememangnya, pengalaman lalu telah banyak menjadi tauladan apatah lagi UMNO pernah dilibatkan dengan pelbagai masalah yang bukan hanya timbul dari pihak luar sebaliknya dalam parti tersebut juga wujud pihak yang bersifat gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan duri dalam daging.

Dari luar, UMNO menghadapi serangan dari parti-parti pembangkang dengan pelbagai cara serangan atas tujuan untuk melumpuhkan parti lantas mempunahranahkan untuk tujuan mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

Pihak pembangkang melakukan pelbagai cara termasuklah dengan menabur fitnah dan serangan peribadi, melakukan provokasi dan manipulasi di samping bersikap bermuka-muka ibarat baik ada makna lantas menawarkan itu dan ini kepada ahli parti yang bersifat atas pagar untuk tunduk kepada mereka.

Dalam hal yang sama juga, pembangkang sendiri sanggup untuk mewujudkan satu kesatuan di kalangan mereka sendiri walaupun secara terang-terangan idealogi yang didukung amat berbeza, tetapi atas tujuan menghancurkan UMNO, mereka sanggup berlakon.

Malangnya, ia juga tidak dapat merosakkan UMNO sebaliknya parti-parti pembangkang sendiri yang terperangkap dalam agenda permainan mereka, namun demikian enggan mengakuinya dan kesalahan dipalitkan pula kepada UMNO juga.

Dalam parti sendiri pula, sememangnya wujud ahli-ahli yang bersikap musang berbulu ayam, sanggup merosak daripada membaiki sekiranya gagal mendapat keuntungan atau faedah atas apa yang dilakukan.

Pejuang parti sedemikian bersikap suam-suam kuku, dan mempunyai agenda sendiri menyertai UMNO iaitu bukan atas matlamat untuk agama, bangsa dan negara sebaliknya lebih bersifat peribadi dan untuk diri sendiri.

Lantaran wujudnya pejuang sedemikianlah, iaitu insan yang tidak layak disebut pejuang maka UMNO dipandang negatif oleh segelintir pihak, persepsinya diterbalikkan, kesederhanaan yang diletakkan dalam perjuangannya dipandang serong hinggakan dikata ia bersifat elit dan hanya untuk kroni semata-mata.

Kerana kepentingan peribadi dan kecewa kerana kuasa gagal dperoleh jugalah, UMNO turut diseret ke mahkamah hinggakan namanya dijaja dengan persepsi teramat buruk dan tokoh-tokoh lampau menangis mengenangkannya.

Namun demikian, itu semua sudah berlalu, yang baik jadi sempadan dan yang buruk jadi tauladan.

Dengan usia UMNO ke-63 ini, tekad diperbaharui dengan perubahan-perubahan yang akan lebih mesra kepada ahlinya dan rakyat di semua peringkat, untuk tetap meneruskan kesinambungan parti agar dapat menjadi pusaka untuk diwariskan kepada generasi seterusnya.

Lantaran itu juga, bersama-samalah kita meraikannya dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam in

Sunday, April 12, 2009

Senarai Penuh Kabinet Baru 2009

PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:Datuk Anifah Aman
Timbalan:1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M.Saravanan

Monday, March 30, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MAC 2009



TAHNIAH!!! DATO' SHARIZAT ABDUL JALIL.REVOLUSI WANITA HARI INI

PEMUDA UMNO MALAYSIA SEHINGGA 2011
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)
Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim (417 undi)
Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)-
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)
WANITA UMNO MALAYSIA SEHINGGA 2011
Pengerusi tetap
Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)
Timbalan pengerusi tetap
Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)
Ketua
Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)
Naib ketua
Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)
Ahli jawatankuasa
1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)
11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)
PUTERI UMNO MALAYSIA SEHINGGA 2011

Pengerusi tetap
Azlieza Azizan (445 undi)
Timbalan pengerusi tetap
Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)
Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)
Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)
Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)

Monday, March 2, 2009

ANALISIS UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK


SUMBER OLAHAN :KAMALUDDIN.BLOGSPOT.COM
Terdapat 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) iaitu :


Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya. MB hendaklah ("shall") meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "shall" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.

Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.
Apa itu Fasal 18 (2) (b)
*Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran.Apa terjadi semalam?
Najib datang mengadap dan buktikan kepada Sultan, majoriti ahli DUN Perak menolak MB Nizar dan menyokong MB yang baru MB Nizar datang mengadap dan mohon DUN dibubarkan serta terangkan kenapa perlunya pembubaran. Setelah mendengar kesemua pihak dan menilai berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya (yang jelas menunjukkan majoriti telah menolak MB Nizar,) permintaan pembubaran DUN telah ditolak oleh dan istana dengan menggunakan kuasa budibicara yang ada padanya di bawah peruntukan 18 (2) (b) (peruntukan 18 (2) (b) menunjukkan sultan bukan hanya perlu berfungsi sebagai "rubber-stamp" tetapi ada kuasa budi-bicara di bawah bidangkuasa sedia ada yang ada padanya di dalam menerima atau menolak permohonan pihak eksekutif).
Disebabkan tidak ada perkenan istana untuk DUN dibubarkan dan dan majoriti ahli DUN mahukan ketua eksekutif baru dan menolak kepimpinan Nizar, baginda Sultan telah menitahkan MB Nizar dan exconya meletak jawatan secara bersama sebagai ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri sejajar dengan peruntukan Fasal 16 (6).