Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya. MB hendaklah ("shall") meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "shall" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.
*Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran.Apa terjadi semalam?
No comments:
Post a Comment