Sunday, February 28, 2010

DALAM TEMPOH 30 TAHUN KEJAYAAN UNTUK MELAYU DI PULAU PINANG

UMNO adalah parti teras BN yang menguasai kerajaan Persekutuan daripada merdeka hingga kini. Berdasar kepada jasanya yang meletakkan Raja di tempat sepatutnya begitu juga keistimewaan orang melayu dan agama islam pada tempat tinggi sebenarnya secara langsung UMNO telah lama mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah melayu Pulau Pinang.
Antara Kejayaaan yang dibawa memajukan Melayu di Pulau Pinang adalah dengan membawa Agensi-Agensi Persekutuan juga Pejabat-pejabat kerajaan dan Institusi-institusi ke dalam negeri itu, antaranya:
USM, UitM, Politeknik, binaan-binaan sekolah dan pentadbiran pendidikan, agensi-agensi seperti Perda, Risda, MARA, UDA, Unit Penyelarasan Bumiputera dan banyak lagi seperti juga binaan Masjid hingga ke dalam perbandaran, mewujudkan Pusat Urus Zakat, juga PPSB dan sebagainya.
Kenapa ini dikatakan jasanya kepada pembangunan umat melayu?
Ini adalah kerana bidang kakitangan kerajaan yang diberikan tempat istimewa kepada orang melayu adalah terletak di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu yang telah dipertahankan oleh UMNO ketika kemerdekaan dulu. Majoriti besarnya kakitangan-kakitangan kerajaan adalah melayu yang dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia yang sejak merdeka hingga kini adalah di bawah kerajaan Barisan Nasional yang pelopori UMNO. Maka berlakulah “modal shift” kependudukan melayu ke dalam bandar yang mempunyai kemampuan ekonominya bagi penyeimbangkan kaum di Pulau Pinang. Kesemuanya ini berlaku dalam tempoh 30 tahun DEB sahaja. Selain itu wilayah-wilayah pinggiran bandar juga diwujudkan khusus untuk kepentingan orang-orang melayu, contohnya seperti Bayan Baru dan Seberang Jaya ke pinggiran bandar tradisional, tujuannya adalah supaya mewujudkan koridor pembangunan bandar – penempatan melayu baru – ke kawasan pinggiran atau kampung yang dihuni oleh orang-orang melayu. Dalam koridor-koridor ini pula peluang-peluang baru perniagaan wujud bagi komuniti melayu situ.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, Melayu di P.Pinang bermula dari belakang. Kaum Cina sini telah lama menguasai kekayaan dan ekonomi, malah ia terus berkembang dari masa ke semasa. Kekayaan dan penguasaan ekonomi kaum cina juga dinamik dan berkembang dan tidaklah terhenti di situ sahaja.
Maka adakah dalam tempoh baru 30 tahun berbanding 500 tahun melayu tepinggir dan dijajah, sekiranya peningkatan orang melayu P.Pinang yang dibawa oleh UMNO ini, sekiranya tidak diiktiraf pun dikatakan pula tidak bermakna terutama oleh pembangkang? Sedangkan ianya berfakta, jelas dan nyata berkembang.
KERAJAAN BN telah dapat mempertahankan agenda MELAYU dan Islam :
1. Semasa kerajaan Barisan Nasional, BN telah mempertahankan dasar 30% kepentingan melayu melalui DEB dalam pelbagai bidang. Kini tiada kuota langsung kepada melayu oleh kerajaan DAP-PKR-PAS
2. BN juga telah meletakkan komposisi exco melayu yang lebih ramai dalam pentadbiran kerajaan negeri malah portfolio lebih strategik dan bebas kuasa berbanding exco melayu dalam kerajaan Pas-DAP-PKR hari ini. Pas sendiri tidak bertempat termasuklah kerusi Yang DiPertua Majlis Agama Islam.
3. Kerajaan BN telah berjaya melonjakkan komposisi kependudukan melayu P.Pinang melebihi kaum-kaum lain.

Statistik Penduduk P.Pinang (2009)
• Bumiputera 660,800 44.89%
• Cina 651,600 44.27%
• India 153,100 10.40%
• Lain-lain 6,400 0.43%
4. Melonjakkan taraf pengurusan-tadbir islam melalui PUZ – RM42 juta kutipannya dan membangunkan tanah-tanah wakaf , pembangunan modal insan ,qariah , KAFA , SAR dan pelbagai lagi pembangunan Islam . Bagaimanakah serius pembangunan Islam di bawah pemerintahan pembangkang ?

Persoalannya: Adakah pembangkang melayu yang berkerajaan negeri seperti Pas hari ini yang bersekutu dengan DAP dapat menyelesaikan masalah orang melayu, jika tidak pun, melonjakkan taraf orang melayu kepada yang lebih baik daripada apa yang telah dibuat UMNO/BN?

PERSOALAN2 LAIN UNTUK PEMBANGKANG ?
1. Apakah kelebihan yang dinampak oleh Pas yang bergabung dengan DAP untuk melonjakkan Melayu dan Islam Pulau Pinang yang lebih baik?
2. Adakah kaum bukan Islam yang memberi undi kepada Pas merupakan tanda bahawa mereka menerima Islam Pas ataupun hanya sebagai mainan politik menyingkirkan UMNO yang selama ini menjaga kepentingan melayu muslim dan kaum-kaum lain di Pulau Pinang.
3. Apakah dasar-dasar kerajaan Pas-DAP-PKR hari ini menguntungkan islam dan orang melayu atau merugikan?
Antaranya:
• Menghapuskan DEB & kuota 30% bumiputera.
• Pembangunan tanah waqaf dilambatkan dengan tidak boleh diubahmilik tanah terus kepada agensi MAIPP tapi semua tanah mesti diubah milik dulu dibawah SSI dan CMI , jadi pembangunan tanah orang Islam dilambatkan , malah ada ruang untuk ditukar milikan dan hilang status wakaf islam. Mengapa? Ada udang sebalik batu ?.
• Pembangunan kepentingan umat Islam melalui agensi persekutuan PERDA dan UDA sengaja tidak diberi kelulusan selama 2 tahun oleh kerajaan PAS-DAP-PKR yang memerintah Pulau Pinang, sebaliknya syarikat bukan bumiputera yang membangunkan perumahan kos mewah diluluskan segera tanpa had dan sempadannya .
• Tiada ada usaha langsung yang dibuat secara serius selama 2 tahun kerajaan Pas-DAP-PKR memerintah untuk meluluskan tanah perkuburan Islam setiap daerah yang dikemukan oleh kerajaan BN dulu dan ADUN BN kini. Seolahnya tidak diambil endah persolan ini , Kenapa?
• Gelaran Umar Abdul Aziz kepada Lim Guan Eng oleh Pas, begitu juga slogan “Amal Makruf Nahi Mungkar” tidak selari bilamana pusat-pusat maksiat dan lesen judi semakin bertambah, jenayah yang semakin meningkat begitu juga peningkatan penagihan dadah yang begitu banyak melibatkan orang-orang Melayu. Kenapa pula slogan dan gelaran ini tidak dibawa ke dalam kawasan-kawasan bukan melayu. Ini seolah mempermainkan gelaran dan slogan ini hanya untuk politik , adakah kita hanya berdiam diri ? Tidak kah ini menjatuhkan martabat dan satu penghinaan kepada seorang khalifah agung Islam?
• Sambutan Maal-Hijrah juga dipendekkan hanya sebelah malam dan tidak diraikan pada waktu siang 1 Muharram seperti sebelum ini ketika BN berkuasa.
• Tender-tender terbuka projek negeri kini dikatakan dimonopli oleh bukan melayu. Kontraktor melayu ramai tidak memperolehi projek kerajaan negeri.
• Dikatakan juga kerajaan DAP menaikkan pangkat ramai kaum kerabat DAP dalam perkhidmatan kerajaan negeri dan syarikat swasta, industry perkilangan dibawah kawalan mereka dengan meminggirkan orang melayu.
• Pembangunan dan infrastruktur Kampung-kampung baru ditingkatkan lebih moden daripada perkampungan melayu.
• Double- Standard - Kedai-kedai orang Melayu dirobohkan tapi kedai-kedai dan kilang haram yang bercambah di kalangan kaum kerabat DAP

No comments:

Post a Comment